25 July 2012

Kelompok dakwah di Malaysia

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Di Malaysia terdapat pelbagai organisasi dakwah dengan beraneka ragam sifatnya. Antara mereka ada yang berpegang dengan manhaj ikhwanmuslimin (IM). Manhaj ikhwan muslimin mungkin dianggap oleh mereka yang pro IM adalah jemaah dakwah terbesar di dunia dengan mungkin yang paling ramai ahlinya.

Bagaimanapun, bukanlah kebenaran itu diukur dengan banyak atau sedikit jumlahnya.

Di Malaysia, mereka yang mengaku IM terlalu banyak. Ada yang sudah punya nama yang cukup gah, ada yang tak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), ada yang sedikit ahli, yang ramai ahli, aktif mahupun pasif. Kesimpulannya, orang yang mengaku dan mengikut manhaj IM di Malaysia ramai dan mereka semua terpecah-pecah kepada banyak kelompok.

Dan mereka akan terus terpecah, insya-Allah. Pecah menanti belah seperti yang telah berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sedangkan Allah Azza Wajalla menyuruh hambanya bersatu dalam jamaah (yakni jamaah orang Islam), bukan jemaah kelompok yang difahami oleh mereka.

Bersatu dibawah pemerintah Islam, tidak berpecah dan mengadakan kelompok-kelompok baharu yang berlawanan dengan prinsip ahlus sunnah wal jamaah.

Allah berfirman.

وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلاَتَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ

"Dan bahwa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya". [Al An’am:153].
Seperti kata-kata bijak pandai, yang terpecah untuk akan selamanya terus terpecah. Ya, itu terbukti dan disaksikan oleh ramai manusia yang pernah menyaksikannya.

Sama ada mereka sedar atau tidak, dakwah yang terpecah tidak kemana-mana. Hanya menghasilkan keburukan disebalik mungkin kebaikan yang terlalu sedikit jika ingin dibandingkan dengan keburukan yang terhasil darinya.

Mereka menafsirkan qur'an dan hadith sesukanya, tanpa merujuk apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan ayat tersebut. Apakah yang sebenarnya dimaknakan oleh Nabi Muhammad Sallallahu alaihiwasallam dalam hadith yang diucapkannya.

Ayat ke 4 surah Soff diputarbelit hingga ayat tersebut digunakan untuk menghalalkan organisasi mereka yang jauh dari prinsip ahlussunnah wal jamaah.




إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ

Sesungguhnya Allah menyukai hambanya yang berperang di jalanNya dalam Sof, seperti bangunan yang tersusun kukuh.

Mereka mengatakan sof itu adalah seperti jamaah dakwah mereka. Bangunan yang kukuh itu organisasi-organisasi mereka.

Maka dikatakan kepada mereka, mereka memahami ayat-ayat mengikut hawa nafsu mereka.

Sedangkan dalam tafsir Ibnu Kathir, ayat itu adalah berkenaan peperangan, bahawa Rasulallah tidak menyerang musuh kecuali membariskan pasukan dan merapatkan barisan.

Bagaimana mungkin mereka yang berdakwah di Malaysia dengan terpecah-pecah menjadi kelompok-kelompok dapat mengaplikasikan ayat 4 surah assof ini?

Jauh sekali dan tidak langsung dapat dipadankan.

Malah ayat itu tertimpa di atas kepala mereka sendiri supaya sedar dan ingat, untuk menjauhi semangat taklidkan kelompok mereka dan kembali bersatu di atas jalan agama Islam yang suci murni ini. Jauh dari berkelompok-kelompok dan berpecah belah dalam urusan dakwah.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam juga bersabda.

تَرَكْتُ فِيكُمْ مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِ لَنْ تَضِلُّوا بَعْدِي أَبَدًا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّتِيْ

"Aku tinggalkan di tengah-tengah kalian satu peninggalan, selama kalian berpegang teguh dengannya setelahku, kalian tidak akan tersesat selama-lamanya, yaitu kitab Allah dan Sunnahku".

Dan benarlah perkataan Imam Malik rahimahullah yang sangat terkenal,“Tidak akan baik akhir umat ini, kecuali dengan apa yang membuat awalnya menjadi baik.”
Apatah lagi dalam mengaplikasikan dakwah mereka itu, mereka mewujudkan pelbagai bid'ah-bid'ah. amalan agama yang tidak pernah terwujudkan di zaman baginda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam. Maka, itu sahaja sudah cukup untuk menjadikan mereka akan terus berpecah dan tidak akan sekali-kali bersatu.

**********

AKIDAH TIDAK MENJADI POKOK UTAMA DAKWAH MEREKA

Setelah diamat-amati, mereka lebih suka mengumpulkan massa(manusia) berbanding menekankan permasalahan akidah. Malah ada antara mereka yang sudah berkecimpung dalam dakwah bertahun-tahun masih lagi cetek ilmu-ilmu akidah.

Mereka suka kalau mereka menunggangi ramainya manusia dalam kelompok mereka. Manusia yang ada di dalamnya direkrut supaya meramaikan lagi manusia, sedangkan permasalahan akidah dikemudiankan. Kemudian, menjadilah mereka manusia yang letih dan layu ditengah perjalanan.

Saat manusia yang berada bersama mereka tidak lagi mampu menahan beban dakwah, ditambah dengan jahilnya dalam permasalahan akidah dan ibadah, mereka keluar dan mencari kelompok-kelompok dakwah lainya. Menjadilah kerosakan itu lebih besar dari kerosakan yang dilakukan sebelumya.

Saat mereka menerima kebatilan yang diangap kebenaran, mereka akan jadi terlalu sukar untuk menerima kebenaran yang sebenar-benarnya.

Mereka akan terus menganggap perlunya berpatisipasi dalam kelompok dakwah untuk menegakkan Islam.

Hakikatnya, mereka menjahanamkan dakwah, bukan menegakkannya.

Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayahNya.

Zikri
Taman Tasek Putra, Tronoh,
Perak.

*sangat digalakkan membaca artikel berikut untuk menguatkan lagi kefahaman tentang manhaj dakwah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam
http://almanhaj.or.id/content/727/slash/0
http://almanhaj.or.id/content/2913/slash/0

5 Ramadhan 1433 H
25/07/2012


12 comments:

Haziq Jundullah said...

syukran akh atas entrinya... trima kasih juga untuk linknya... jazakallah... :)

Zikir Din said...

alhamdulillah, semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua.

aisyah ibtisami said...

adakah IM sebab utama perpecahan umat Islam? Secara sunnahnya, bagaimana untuk berdakwah yang paling pratikal dan applicable pada masa kini?

Zikir Din said...

salah satu saripada faktor umat Islam menjadi berkelompok dan terpecah adalah fikrahnya ikhwan muslimin. tetapi saya tidak mengatakan ia menjadi faktor nombor 1.

dalam konteks Malaysia, mereka yang mengaku IM terlalu ramai termasuklah PAS juga mengaku diiktiraf IM.

Maka, seperti yang selalu diingatkan oleh ulama2 yang berpegang teguh dengan sunnah, hendaklah mendahulukan akidah dalam dakwah.

Tuntutlah ilmu dan dari situ anda akan menemui jawapannya.

aisyah ibtisami said...

terima kasih atas jawapan.
bersalahkah saya jika saya mengakui bahawa tidak mampu untuk menuntut ilmu seperti tahap penulis.

adakah ini boleh dijadikan alasan terlepas dr pertanyaan Allah s.w.t?

Zikir Din said...

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

Tidak membebani Allah akan hambanya kecuali sesuai dengan kemampuannya.

Surah al baqarah ayat 286.

Seharusnya saudari tidak meletakkan kayu ukur menuntut ilmu dan kewajipan sama seperti orang lain termasuk penulis.

Setiap dari kita punya tanggungjawab dan amanah yang berbeza sesuai dengan masa, keadaan dan tempat.

Kewajipan menuntut ilmu tetap ada bagi setiap Muslim dan mereka akan dipertanyakan sesuai dengan kemampuan mereka.

Semoga Allah membantu kita semua memperolehi ilmu Allah yang Maha Luas, tidak terhitung oleh akal-akal manusia.

aisyah ibtisami said...

jazakallah atas jawapan. semoga allah menilai baik setiap ilmu beserta 'amal hambanya. insyaallah

BERLAPANG DADA said...

Ada yang membawa fikrah haraki, tarbawi dan ikhwani which is manhaj taghyir mengikut ikhwanul muslimin.

Mereka kena bergerak, mencari mad'u, membuat gerak kerja dakwah bukan hendak mengumpul berapa ramai ahli, tapi tujuan utama org yg mula2 melakukannya adalah kerana keadaan umat yang sangat tenat membuatkan mereka eager nak selamatkan. kerana tidak mahu simpan islam dalam poket masing2.

Beribu-ribu graduan mahasiswa yang mengambil kos agama dilahirkan setiap tahun, over and over again tapi... masalah sosial masih berleluasa.knp? apa puncanya?

Kerana kadang2, masing2 terlalu sibuk nak mengisi ilmu di dada baru nak menyampaikan ilmu kpd orang ramai.

Sebab itu, ada antara aktivis dakwah, yang dapat kefahaman islam terus bergerak. Kerana niat dan tujuan utama bukan ajak orang ke dalam kelompok masing2, tapi nak bawa mad'u rasa nikmat manisnya Islam.

Saya berpendapat untuk belapang dada. Khilaf dan kepelbagaian adalah rahmat. Syukurlah, sebab kelihatan ramai org mahu berebut2 mengajak kpd kebaikan.

Wallualam.

Zikir Din said...

kepada berlapang dada,

quote: Mereka kena bergerak, mencari mad'u, membuat gerak kerja dakwah bukan hendak mengumpul berapa ramai ahli, tapi tujuan utama org yg mula2 melakukannya adalah kerana keadaan umat yang sangat tenat membuatkan mereka eager nak selamatkan. kerana tidak mahu simpan islam dalam poket masing2.

JAWAB: JIKA BENAR MEREKA TIDAK HENDAK MENGUMPUL RAMAI AHLI, DAN NAK MENYELAMATKAN UMAT MANUSIA, MAKA AMBILLAH PESAN ALLAH AZZAWAJALL DALAM SURAH YUSUF, “Katakanlah: Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata. Maha suci Allah dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.” (QS Yusuf : 108)

MAKA, PERLUNYA MEREKA MENGIKUT PETUNJUK NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHIWASALLAM DALAM BERDAKWAH. MENSUCIKAN ALLAH DENGAN MENDAHULUKAN DAKWAH AKIDAH. TETAPI MEREKA LEBIH BANYAK BERPOLITIK DAN MEREKA REKA KAEDAH BARU@BID'AH DALAM DAKWAH.

Beribu-ribu graduan mahasiswa yang mengambil kos agama dilahirkan setiap tahun, over and over again tapi... masalah sosial masih berleluasa.knp? apa puncanya?

JAWAB: APAKAH ANDA FIKIR DENGAN BANYAKNYA GRADUAN AGAMA AKAN MENGHILANGKAN GEJALA SOSIAL? APATAH LAGI SISTEM PENDIDIKAN ISLAM SEKARANG BUKAN MELAHIRKAN PENDAKWAH ISLAM. SAMLAH SEPERTI SISTEM USRAH YANG DIREKA-REKA OLEH KELOMPOK TERTENTU. MEREKA MENCIPTA BID'AH, SEPERTI MEWUJUDKAN MUTABAAH MINGGUAN, MA'THURAT DIBACA BERAMAI-RAMAI, IKHTILAT YANG MUNGKAR DAN LAIN-LAIN. MEREKA MENGHANCURKAN DAKWAH, BUKAN MEMBINA DAKWAH.

Kerana kadang2, masing2 terlalu sibuk nak mengisi ilmu di dada baru nak menyampaikan ilmu kpd orang ramai.
JAWAB: WAJIB MEMPUNYAI ILMU SEBELUM BERDAKWAH. DAN ALLAH TIDAK MEMBEBANKAN SESEORANG MANUSIA SESUAI DENGAN KAMAMPUANNYA. JIKA IA FIKIR MASIH BELUM MAMPU BERDAKWAH, MAKA IA HARUS TETAP BERSABAR MENUNTUT ILMU.

Sebab itu, ada antara aktivis dakwah, yang dapat kefahaman islam terus bergerak. Kerana niat dan tujuan utama bukan ajak orang ke dalam kelompok masing2, tapi nak bawa mad'u rasa nikmat manisnya Islam.
JAWAB: DIYAKINI MEREKA YANG TERIKAT HDUNG-HIDUNG MEREKA DENGAN AMALAN BID'AH, MEREKA TERSEKSA DENGAN PERATURAN-PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT YANG TIDAK PERNAH DIPERKENALKAN RASULALLAH SALLALLAHU ALAIHIWASALLAM. SEBAGI CONTOH, HARTA MEREKA DIKENAKAN INFAQ WAJIB, HARTA MEREKA DIAMBIL SECARA BATIL OLEH ORGANISASI MEREKA. SEDANGKAN ZAKAT ITU HANYA WAJIB BAGI MEREKA YANG TELAH CUKUP HAUL DAN NISAB SAHAJA.

Khilaf dan kepelbagaian adalah rahmat.
JAWAB: IA ADALAH KATA2 YANG BATIL DAN BERLAWANAN DENGAN AYAT QUR'AN, Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Islam) dan janganlah kamu bercerai berai. SURAH ALI IMRAN.3:103
RUJUK LINK: http://assabiel.com/?p=531

WALLAHUA'LAM.

Anonymous said...

Pandangan yang menarik...
bagi saya, kita semua berhak memberi pandangan atas ijtihad dan kefahaman masing-masing..
Tk perlulah kita saling menyalahkan satu sama lain kerana yang penting kita semua menyeru kepada kebaikan. Cuma method dan kaedah yang digunakan berbeza. (yang pasti semuanya claim ikut manhaj Rasulullah)..
Saya rasa kita perlu berlapang dada dan saling menampung kelemhana masing2x... Marilah kita beramal dan Allah jualah yang menilai amal kita..
Jazakallah..

Anonymous said...

Ayat al quran itu diambil ibrahnya mengikut panduan yg dibuat oleh para ulama iaitu : "Ibratu bi umumillafzi la bikhususi sabab". Kalau hanya mengehadkan ayat As-Soff :4 hanya untuk berbaris pada medan perang, maka itu pendapat yg keliru daripada penulis. Orang yg mengikut manhaj sunnah akan mengatakan sepatutnya umat Islam perlu bersatu sebagai satu bangunan yg tersusun kokoh, di atas aqidah yg benar, diatas kefahaman yg benar dan di atas manhaj yg benar. ahl-sunnah juga tidak mudah menuduh tabdie' atau melabel sesuatu gerakan atau individu sebagai bid'ah sekalipun mereka berbeza pendapat. Lihat saja akhlak Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (Rahimahullah) terhadap ulama'2 sezamannya yg menuduhnya dgn pelbagai tuduhan, ttp beliau (rahimahullah) tetap menjaga lisannya daripada cepat menuduh, kecuali sesuatu itu benar terserlah spt matahari yg terang. Wallahu 'alam.
(Manhaj Sunnah Bukan Manhaj Tabdie')

Zikir Din said...

terima kasih atas pandangan anon...lebih baik jika memberi nama saudara dahulu, untuk mudah saya membuat rujukan.

saya dapat memahami maksud saudara. terima kasih.