السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
Sedar tak sedar, malam ini sudah pun menjengah 3 Ramadhan. Bermakna sudah 2 hari puasa sudah pun dilalui.
Bagi yang sedar, mereka akan cuba muhasabah apa yang telah dilakukan untuk 2 hari puasa, jika kurang, berazamlah untuk tambah, jika sudah menambah amalan, berazamlah untuk konsisten.
HIJRAH DALAM DAKWAH
Bagi pendakwah, bulan Ramadhan adalah momen yang sangat penting untuk muhasabah. Dalaman perlu dikuatkan untuk berhadapan dengan umat. Kalau iman dan amal lekeh, bagaimana nak merubah umat!
Kalau ilmu di dada masih kurang dan cetek, maka, Ramadhan adalah masa yang sangat berharga untuk menilai, di sisi manakah ilmu perlu ditambah. Dan pastinya yang paling penting untuk diperhatikan ialah ilmu akidah.
ILMU AKIDAH ialah ilmu yang nombor 1 penting berbanding ilmu-ilmu lain.
Jangan nanti ada yang kata ilmu tajwid paling penting sebab nak ajar madu baca qur'an.
Jangan nanti ada yang kata ilmu fiqh penting sebab nak jadi macam ustaz dan ustazah pada rakan-rakan sebilik.
Jangan nanti ada yang kata ilmu politik penting sebab nak berhadapan dengan pemerintah dan masyarakat yang pelbagai ragam.
TIDAK..
ILMU AKIDAH adalah ilmu yang paling penting dan asas untuk dipelajari.
Tidak sayugia seorang pendakwah tidak mendalam pengetahuannya dalam hal akidah.
Bila ditanya dimana Allah? ada yang menjawab Allah dimana-mana. Tak tahu. Allah ada dimana yang Dia nak ada.
Itu adalah jawapan orang-orang yang tak layak jadi pendakwah. Malah, tidak boleh berdakwah kerana ia akan merosakkan pemikiran umat. Seharusnya dia duduk dalam majlis ilmu dan istiqomah sehingga dia faham benar tentang akidah.
Dan dia berasa yakin dengan hujah yang dia ingin sampaikan.
Dan ia tidak mengambil masa yang singkat. Mungkin bertahun-tahun. Mustahil hanya dalam 3 bulan, ia boleh jadi pendakwah yang berdakwah seantero Malaysia.
Banyak jemaah di Malaysia yang cuba menjadikan pengikutnya pendakwah ekspres. Baru usrah 2 ke 3 kali, sudah boleh jadi pendakwah dan berdakwah di merata tempat. Sedangkan didapati pada dirinya terdapat banyak hal yang masih boleh dibaiki. Ilmunya masih boleh dikayakan lagi dengan ilmu quran dan sunnah.
Allahu musta'an. Semoga Allah membantu kita menjadi pendakwah yang berdakwah mengikut tahapan dan manhaj Nabi Muhammad Sallahualaihwasallam.
Bezakan antara mengajak dan berdakwah.
Ya, kita akan ajak kawan-kawan kita untuk mendengarkan ilmu-ilmu Islam, tetapi untuk menyampaikan ilmu-ilmu Islam, ia memerlukan banyak masa.
Imam Assyafie mengatakan seorang penuntut ilmu itu perlu MASA YANG PANJANG. ya, dengan amsa yang panjang, kita bukan sekadar dapat memperolehi ilmu, tetapi juga mempunyai masa untuk muhasabah, apatah lagi buat penuntut ilmu.
Semoga Allah menjadikan bulan Ramadhan ini bulan hijrah untuk kita semua.
Hijrahlah kerana Allah.
Fahamilah bahawa anda akan diminta pertanggungjawapan atas apa yang anda sampaikan.
Ya, saya yang sedang menulis juga sedang diperhatikan Allah. Semoga Allah menilai ini sebagai satu amalan yang akan diterima oleh-Nya.
Berikut saya sertakan beberapa syarat terpenting untuk menjadi pendakwah seperti yang ditulis oleh Syaikh Fawzan, semoga kita mendapat manfaatnya.
*******
*******
Pertama : Seorang dai, hendaklah membekali diri dengan ilmu. Apabila seorang dai mengajak kepada Islam, hendaklah ia memiliki pengetahuan tentang Islam; karena mustahil seseorang mengajak kepada sesuatu yang ia tidak mengetahuinya. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman kepada Nabi-Nya:
"Katakanlah: "Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata". [Yûsuf /12 : 108]
Kedua : Hendaklah tujuan utamanya ialah ikhlas karena Allah dan hanya meraih ridha Allah, serta memberikan manfaat kepada orang lain, bukan karena riya', sum'ah, ingin mendapat ketenaran dan keinginan pribadi lainnya. Apabila seorang dai mengedapankan hal-hal tersebut, maka dakwahnya bukan mengajak kepada Allah tetapi mengajak kepada dirinya, padahal Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
"Aku mengajak (kamu) kepada Allah" [Yûsuf/12 : 108]
Dakwah juga bukan mengajak kepada golongan dan kelompok serta madzhab tertentu, atau selain ajaran Rasulullah. Demikian pula, dakwah bukanlah sarana untuk mencari dunia. Oleh karena itu, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
"Katakanlah: "Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu," [al-Furqân/25 : 57]
Ketiga. Memulai dengan yang terpenting.
Masalah terpenting di dalam agama Islam adalah masalah aqidah. Oleh sebab itu, seorang dai hendaklah memulai dakwahnya dengan menjelaskan aqidah yang benar sebelum dia menyampaikan yang lainnya. Inilah yang diwasiatkan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ketika beliau mengutus Mu'adz bin Jabal ke Yaman. Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
إِنَّكَ سَتَأْتِي قَوْمًا أَهْلَ كِتَابٍ فَإِذَا جِئْتَهُمْ فَادْعُهُمْ إِلَى أَنْ يَشْهَدُوا أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لَكَ بِذَلِكَ فَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ فَرَضَ عَلَيْهِمْ خَمْسَ صَلَوَاتٍ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لَكَ بِذَلِكَ فَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ فَرَضَ عَلَيْهِمْ صَدَقَةً تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ فَتُرَدُّ عَلَى فُقَرَائِهِمْ
"Sesunguhnya engkau akan mendatangi satu kaum dari Ahli Kitab, maka ajaklah mereka kepada syahadat La Ilaha Illallah wa Anna Muhammadar-Rasulullah. Kalau mereka menerima, sampaikanlah bahwa Allah mewajibkan shalat lima waktu sehari semalam. Kalau mereka menerima, sampaikanlah bahwa Allah mewajibkan zakat yang diambil dari orang-orang kaya dan dibagikan untuk orang miskin" [HR Bukhâri]
Zikri
Taman Tasek Putra, Tronoh, Perak, Malaysia.
3 Ramadhan 1433 H.
***saya menggalakkan pembaca membuka link di bawah untuk meneliti secara terperinci garis panduan yang ditetapkan oleh ulama untuk menjadi pendakwah.
2 comments:
akhi, ada cadangan buku yang mantap x untuk bab akidah?
untuk permulaan, ana mencadangkan enta membaca kitab ushullussunnah imam ahmad. ia sudah disyarahkan oleh ramai ulama.
insya Allah. semoga bermanfaat.
Post a Comment