04 September 2012

Sudah sampai UTM

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
 
Alhamdulillah, dengan keizinan dari Allah, saya telah selamat sampai di UTM Skudai, Johor pada petang tadi.
 
Saya ditempatkan di Kolej Tun Ghafar Baba, KTGB yang berada di kawasan hujung UTM. Jaraknya agak jauh dari Fakulti Elektrik. Pihak UTM menempatkan semua pelajar post graduate di kawasan kolej ini.
 
Surau KTGB telah dipindahkan ke bangunan baru, siap dipasang aircond.
 
Seperti biasa ia dikuasai oleh pelajar antarabangsa. Ada juga pelajar Malaysia, tetapi tenggelam dicelah-celah pelajar antarabangsa yang kebanyakannya berkulit gelap. Semoga Allah merahmati mereka kerana memakmurkan surau ini.
 
Ketika saya menjadi imam, saya tidak membaca wirid secara kuat dan tiada doa secara berjemaah. Diharapkan mereka tidak mengecop saya sebagai wahabi, ia hanya satu sudut pandang bagaimana kita memahami dalil.
 
Pagi esok(5hb) saya akan mendaftar sebagai pelajar UTM. Dan alhamdulillah, dapat merasai beberapa kemudahan yang ada di UTM antaranya menaiki kuda, gymnasium, kolam renang, internet percuma, klinik percuma dan yang paling penting, peluang untuk mendalami bahasa arab dan ilmu agama terbuka dengan lebih luas di sini.
 
Buat rakan-rakan di Perak, saya ucapkan barakallahu feek, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambanya.
 
Zikri
Kolej Kediaman Tun Ghafar Baba, UTM Skudai, Johor.
17 Syawal 1433 H
4/9/2012

8 comments:

MABAJ92 said...

Tahniah...!
Moga teruslahmeneroka lautan ilmu Sang Pencipta agar kita semakin dekat kepada Allah bukan Bertambah Jauh

MABAJ92 said...
This comment has been removed by the author.
Mohamed Faisal said...

Kita x sempat berjumpa. Baru grad dari UTM dan stay d KTGB dari 09-2011 hingga 07-2013

Mohamed Faisal said...

Kita x sempat berjumpa. Baru grad dari UTM dan stay d KTGB dari 09-2011 hingga 07-2013

Mohamed Faisal said...

Kita x sempat berjumpa. Baru grad dari UTM dan stay d KTGB dari 09-2011 hingga 07-2013

Mohamed Faisal said...

Kita x sempat berjumpa. Baru grad dari UTM dan stay d KTGB dari 09-2011 hingga 07-2013

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Sy bakal mendaftar di UTM sebagai postgrad student (sisiwi). Boleh saudara berkongsi keududukan kolej kediaman postgrad yang paling dekat dengan fakulti kejuruteraan elektrik. Terima Kasih.

Mohamed Faisal said...

Yg trdekat dgn FKE,, kolej tunku canselor. Kalo yg ada siswi saja, kolej 10@11.