19 September 2012

Bahagia yang subjektif

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, syukur kepda Allah yang mengurniakan kepada kita nikmat Islam, Iman dan Amal untuk membuktikan ketaatan kepada Allah.

Sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah.

Cakap soal bahagia, semua orang nak bahagia.

Dan Allah Azza Wajal menggambarkan erti bahagia buat manusia yang beriman banyak kali dalam alqur'an.

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُمْ بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَا أَلَتْنَاهُمْ مِنْ عَمَلِهِمْ مِنْ شَيْءٍ ۚ كُلُّ امْرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ

Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apayang dikerjakannya. [ath-Thûr/52:21]
  
Bahagia yang hakiki tentunya bahagia di syurga bersama keturunan kita, bersama dengan orang-orang yang shalih, bersama bidadari-bidadari yang sangat indah.

*******

BAHAGIA DI DUNIA YANG SUBJEKTIF

Ya, kita juga nak bahagia di dunia. Dan macam-macamlah tafsiran dibuat untuk menggambarkan kebahagian orang di dunia. Ada yang kaya, yang bangsawan, yang popular, yang ada pangkat, punya anak-anak gadis yang cantik. Semuanya salah satu dari faktor kebahagian duniawi bagi sesetengah orang.

Bagaimana pula dengan anda? 

Mungkin anda akan jawab, alhamdulillah, CGPA aku 3.0 above sem ni. Maka anda dah dikira bahagia berbanding student lain yang pointernya merudum jatuh mungkin ketahap 2.0 sahaja.

Mungkin ada juga, cukuplah aku dah kerja makan gaji sekarang. RM2000 permonth is more than enough!
Ya, bahagia betul dia berbanding dengan orang lain yang kais pagi makan pagi.

Mungkin ada yang kata, dah masuk UTM, ok lah jugak. Ya, dia bahagia berbanding dengan kawan-kawan lain yang mungkin sekadar masuk politeknik atau kolej swasta sahaja. 

Semua punya jawapan yang berbeza. Bahagia itu subjektif kan?

******

Dahulu blog saya pernah membicarakan perihal wanita bekerjaya, wanita muslimah yang punya pendidikan yang tinggi dan bekerja untuk sama-sama meraih pendapatan bersama suami tercinta. (saya sudah delete artikel tersebut bersama-sama dengan hampir semua artikel yang lain).

Ramai para ibu yang bekerjaya akan berkata mereka sangat bahagia dengan kerjaya mereka. Pergi ofis saban pagi, dan balik di petang hari. Kemudian, setiap hujung bulan cucuk kad ATM, dan keluarlah fiur RM3XXX.00 dalam bank. Ternyata, ia cukup membahagiakan. Saat itu, masa untuk membeli belah, membayar bil-bil, dan membeli beberapa pakaian baru sebagai ganti kepada pakaian yang sudah lama.

Artikel itu mengundang banyak bantahan juga dari wanita (kebanyakannya siswi muslimah) yang memang punya cita-cita untuk bekerja dan sama-sama membantu suami yang tercinta.

Tetapi ia tetap suatu yang subjektif.

Tidak semua wanita bekerjaya bahagia, dan tidak semua wanita yang tidak bekerja alias suri rumah tidak bahagia.

Dan saya juga membuat kesimpulan, sekarang terserah kepada anda. Jika anda fikir ia boleh membahagiakan anda dan suami anda, lakukan apa yang anda fikirkan baik. Dengan syarat, ikutlah landasan agama yang telah disyariatkan kepada anda. Kepada para wanita yang bekerjaya, anda boleh membaca beberapa artikel tentang muslimah di http://almanhaj.or.id/category/view/16/page/1


 Zikri Al Malizi
Centre of IT, UTM
19092012



 

 


No comments: