01 September 2012

Kembali ke UTM

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Insya-Allah, saya akan kembali mendaftar di UTM Skudai sebagai pelajar pada 5hb September ini (Selasa).

Kali ini mengambil jurusan Electrical-Power.

Dalam dalam tempoh ini, pastinya banyaklah urusan-urusan untuk memulakan hidup sebagai pelajar.

" من سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل الله له به طريقا إلى الجنة " ، رواه مسلم ، وأصحاب السنن عن أبي هريرة .

Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan mudahkan baginya jalan ke syurga. riwayat Muslim dan ashabussunan dari Abu Hurairah.

Saya berdoa kepada Allah agar menjadikan pengajian ini sebagai satu jalan yang memudahkan saya, keluarga dan rakan taulan ke syurga Allah.

Semoga kita semua meyakini bahawa apa sahaja ketetapan yang Allah tetapkan untuk kita, pastinya ia mengadung hikmah yang cukup besar yang diketahui oleh Allah yang Maha Alim.

Post blog terbaru mungkin ketika saya sampai di UTM Skudai. Insya-Allah.

Zikri
Perak
~Dalam persiapan menuju UTM

3 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah akh.

Moga sukses di sana. sukses dunia dan akhirat.

Jangan lupa kami di sini ya.
Bertemu dan berpisah kita kerana Allah.insyaAllah.

Dari Perak.

Zikir Din said...

alhamdulillah,

Allahu yubarik feek. (semoga Allah merahmati anda)

pengalaman di Perak adalah satu yang tak dapat dilupakan oleh akal fikiran saya.

Ia menjadi satu pengajaran yang besar bahawa seorang penuntut ilmu mestilah melakukan hijrah untuk mendapatkan bekal yang lebih baik di akhirat kelak.

Jumpa lagi. Jika anda lelaki, kita akan berjumpa, jika anda perempuan, silakan jumpa zaujah saya, insya-Allah.

Dari bumi Allah, persiapan hijrah ke Johor.