السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
Saya ingin menyeru diri saya dan rakan-rakan pembaca blog untuk kita sama-sama menderaskan amal ibadah di hujung ramadhan ini.
Mungkin rezeki kita untuk bertemu dengan lailatul qadar.
Antara perkara-perkara yang kita boleh lakukan;
1. Menjauhi duduk depan TV sambil menonton rancangan-rancangan yang menarik. Pengalaman saya balik ke rumah saudara yang ada ASTRO, biasanya program-program islamik diselang seli dengan iklan yang mendedahkan aurat, dan wanita-wanita yang bertbarruj walaupun bertudung (contoh: TV Alhijrah). TV ini masih terlalu jauh untuk diberi standard TV Islam kerana terlalu bersangatan mendedahkan wajah wanita.
2. Mengurangkan masa berinternet. Mungkin boleh sekadar mengetahui isu-isu semasa.
3. Kemudian dengan masa yang banyak ini, kita bolehlah membaca al-qur'an dan berzikir mengisi masa-masa berbaki pada bulan Ramadhan.
Sekian sahaja untuk bulan Ramadhan ini, insya-Allah bertemu selepas Hari Raya Aidil Fitri.
Boleh baca artikel renungan di bulan Ramadhan; http://almanhaj.or.id/content/3332/slash/0/renungan-di-bulan-ramadhan/
Zikri
Perak
20 Ramadhan 1433 H
No comments:
Post a Comment