السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
Oleh: Asy Syaikh Shalih bin Fauzan Al Fauzan
Asy Syaikh ditanya tentang memakai baju yang dipakai orang-orang kafir di mana di bahagian belakangnya terdapat nama pemain bola kafir tanpa meniatkan tasyabbuh (meniru kebiasaan) mereka. Maka beliau menjawab:
Asy Syaikh ditanya tentang memakai baju yang dipakai orang-orang kafir di mana di bahagian belakangnya terdapat nama pemain bola kafir tanpa meniatkan tasyabbuh (meniru kebiasaan) mereka. Maka beliau menjawab:
“Perbuatan ini termasuk pengagungan terhadap orang kafir. Selama ia memakai baju yang terdapat nama orang kafir atau gambarnya, maka ini termasuk pengagungan terhadap orang kafir. Tidak diperbolehkan. Minimal hukumnya adalah haram. Dan apabila ia memang berniat mengagungkannya, dikhawatirkan ia jatuh dalam kemurtadan.
Ini adalah bentuk pengagungan terhadap orang kafir. Selama dia memakai baju yang ada nama atau gambar orang kafir maka ini adalah bentuk pengagungan padanya. Maka ini tidak diperbolehkan. Paling sedikit hukumnya adalah haram. Apabila dia mengagungkan orang kafir tersebut maka dikhuatirkan dia jatuh pada kemurtadan. Na’am.
Teks Arab:
يقول فضيلة الشيخ وفقكم الله : الذي يلبس ما يلبسه الكفار ويكون على ظهره في لباسه اسم لا عب كافر ولا ينوي التشبه بذلك أو بهم ؟
العلامة صالح الفوزان حفظه الله :
هذا تعظيم للكافر ، مادام يلبس الثوب الذي عليه اسم الكافر أو صورته هذا تعظيم للكافر ، فلا يجوز هذا أقل أحواله أنه محرم ، وإن كان يعظمه يخشى على ردته . نعم
هذا تعظيم للكافر ، مادام يلبس الثوب الذي عليه اسم الكافر أو صورته هذا تعظيم للكافر ، فلا يجوز هذا أقل أحواله أنه محرم ، وإن كان يعظمه يخشى على ردته . نعم
Sumber:
http://www.sahab.net/forums/index.php?showtopic=120239
9 comments:
salam... akhi kalau yg cuma ada lambang negara atau logo kelab, xda nama... x diboleh gak ka akh?
lambang negara atau logo kelab juga, bukankah itu termasuk dari nama2 atau lambang orang kafir?
itu juga mengagungkan lambang2 kekafiran dan ia termasuk dalam hal2 yang diharamkan dalam Islam.
alhmdulillah... faham2... jzkallah khair akhi...
begitu jugalah jersey yg ada logo yg ada cross seperti logo Barcelona , AC Milan , England, Brazil, Alfa Romeo . macam mana ust?
ya adel,
penggunaan logo seperti itu sama seperti pertanyaan idris di atas.
jika berniat membanggakan lambang kekafiran, maka ia boleh jatuh ke dalam murtad.
sokong euro, apa pendapat satu ummah??
Muslim tak seharusnya menyibukkan diri dengan hal2 seperti itu (euro). Ia perkara yang sia2 dan tak membawa apa2 manfaat untuk iman dan amal.
Tinggalkan euro dan pelajarilah ilmu tauhid.
sepatutnya umat Islam bersipa sedia menghadapi ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi. Bukan disibukkan dengan agenda bola. Apatah lagi ia merupakan ciptaan orang2 kafir.
Hinalah orang2 yang menyibukkan diri dengan hal ehwal orang kafir sedang mereka lupa bahawa banyak lagi ehwal orang Islam yang maih mereka lalaikan. Bahkan mereka lalai dalam menambahkan bekal untuk mereka menghadapi mati.
Allah Azza wa Jalla berfirman, Katakanlah: "Sesungguhnya aku hendak memperingatkan kepadamu suatu hal saja, yaitu supaya kamu menghadap Allah (dengan ikhlas) berdua-dua atau sendiri-sendiri; kemudian kamu fikirkan (tentang Muhammad) tidak ada penyakit gila sedikitpun pada kawanmu itu. Dia tidak lain hanyalah pemberi peringatan bagi kamu sebelum (menghadapi) azab yang keras". [Saba’ : 46].
FirmanNya : Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Rabb kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka”. [Ali Imran : 190-191].
Allah berfirman : Apakah manusia mengira, bahwa ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa dimintai pertanggung-jawaban). [al Qiyamah : 36]
hayatilah wasiat dari syaikh ibnu baz di link berikut;
http://almanhaj.or.id/content/2629/slash/0
Saya agak kurang bersetuju dgn segala hujah2 dan pendapat ustaz... jawapan ustaz tidak berpandukan byk dalil..hadis.. kitab... setiap jawapan kurang bernas... maaf.. sy x setuju...!
Saya agak kurang bersetuju dgn segala hujah2 dan pendapat ustaz... jawapan ustaz tidak berpandukan byk dalil..hadis.. kitab... setiap jawapan kurang bernas... maaf.. sy x setuju...!
Post a Comment