Showing posts with label fiqh. Show all posts
Showing posts with label fiqh. Show all posts

10 April 2012

Demonstrasi Ditolak Oleh Syari’at

Penulis:
Abu Mushlih Ari Wahyudi
Sumber:
Muslim.Or.id

 

Tidakkah anda ingat kasus pembunuhan khalifah ‘Utsman bin ‘Affan radhiyallahu’anhu yang terjadi akibat demonstrasi yang didalangi oleh kaum Khawarij?!
Tidakkah anda ingat ‘unjuk rasa’ pertama kali yang dilakukan oleh Dzul Khuwaishirah -sesepuh kaum Khawarij- di hadapan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan tuduhan perbuatan zalim yang dilemparkannya kepada beliau?!


Sungguh benar ucapan Sahabat Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu’anhu, “Betapa banyak orang yang menginginkan kebaikan, akan tetapi dia tidak mendapatkannya.” Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata, “Sudah seharusnya cara anda beramar ma’ruf adalah dengan cara yang ma’ruf, demikian pula cara anda dalam melarang kemungkaran bukan berupa kemungkaran.” (lihat al-Amru bil Ma’ruf wa an-Nahyu ‘anil Munkar, hal. 24)


Dari Abu Hurairah radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang menaatiku maka dia telah taat kepada Allah. Dan barangsiapa yang mendurhakaiku maka dia telah durhaka kepada Allah. Barangsiapa yang menaati amirku maka dia telah menaatiku. Dan barangsiapa yang mendurhakai amirku maka dia telah durhaka kepadaku.” (HR. Bukhari dalam Kitab al-Ahkam)

Ibnu Hajar rahimahullah berkata, “Di dalam hadits ini terkandung kewajiban untuk taat kepada para penguasa -kaum muslimin- selama itu bukan perintah untuk bermaksiat sebagaimana sudah diterangkan di depan di awal Kitab al-Fitan. Hikmah yang tersimpan dalam perintah untuk taat kepada mereka adalah untuk memelihara kesatuan kalimat (stabilitas masyarakat, pent) karena terjadinya perpecahan akan menimbulkan kerusakan.” (Fath al-Bari [13/131] cet. Dar al-Hadits)


Dari ‘Iyadh bin bin Ghunm
radhiyallahu’anhu, Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang ingin menasehati penguasa maka janganlah dia menampak hal itu secara terang-terangan/di muka umum, akan tetapi hendaknya dia memegang tangannya seraya menyendiri bersamanya -lalu menasehatinya secara sembunyi-. Apabila dia menerima nasehatnya maka itulah -yang diharapkan-, dan apabila dia tidak mau maka sesungguhnya dia telah menunaikan kewajiban dirinya.” (HR. Ahmad dan Ibnu Abi ‘Ashim dengan sanad sahih, lihat al-Ma’lum Min Wajib al-’Alaqah baina al-Hakim wa al-Mahkum, hal. 23)


Dari Abdullah bin Umar
radhiyallahu’anhuma, Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Wajib atas setiap individu muslim untuk selalu mendengar dan patuh -kepada penguasa- dalam apa yang dia sukai ataupun yang tidak disukainya, kecuali apabila dia diperintahkan untuk melakukan maksiat. Apabila dia diperintahkan untuk melakukan maksiat maka tidak boleh mendengar dan tidak boleh patuh.” (HR. Bukhari dan Muslim)


Dari Tamim bin Aus ad-Dari
radhiyallahu’anhu, Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Agama ini adalah nasehat.” Beliau mengucapkannya tiga kali. Maka kami bertanya, “Untuk siapa wahai Rasulullah?”. Beliau menjawab, “Untuk mengikhlaskan ibadah kepada Allah ‘azza wa jalla, beriman kepada Kitab-Nya, taat kepada Rasul-Nya, memberikan nasehat kepada para pemimpin kaum muslimin serta nasehat bagi orang-orang biasa (rakyat) diantara mereka.” (HR.Muslim)


Imam Ibnu ash-Sholah
rahimahullah berkata, “Nasehat bagi para pemimpin kaum muslimin adalah dengan membantu mereka dalam kebenaran, mentaati mereka di dalamnya, mengingatkan mereka terhadap kebenaran, memberikan peringatan kepada mereka dengan lembut, menjauhi pemberontakan kepada mereka, mendoakan taufik bagi mereka, dan mendorong orang lain (masyarakat) untuk juga bersikap demikian.” (lihat Jami’ al-’Ulum wa al-Hikam, hal. 103)


Imam an-Nawawi rahimahullah menerangkan, “Nasehat bagi para pemimpin kaum muslimin adalah dengan membantu mereka dalam kebenaran, mentaati mereka di dalamnya, memerintahkan mereka untuk menjalankan kebenaran, memberikan peringatan dan nasehat kepada mereka dengan lemah lembut dan halus, memberitahukan kepada mereka hal-hal yang mereka lalaikan, menyampaikan kepada mereka hak-hak kaum muslimin yang belum tersampaikan kepada mereka, tidak memberontak kepada mereka, dan menyatukan hati umat manusia (rakyat) supaya tetap mematuhi mereka.” (lihat Syarh Muslim lil Imam an-Nawawi [2/117], lihat juga penjelasan serupa oleh Imam Ibnu Daqiq al-’Ied rahimahullah dalam Syarh al-Arba’in, hal. 33-34)

Sahabat Ibnu Abbas
radhiyallahu’anhuma pernah ditanya bagaimana cara beramar ma’ruf dan nahi mungkar kepada penguasa, maka beliau menjawab, “Apabila kamu memang mampu melakukannya, cukuplah antara kamu dengan dia saja.” (lihat Jami’ al-’Ulum wa al-Hikam, hal. 105)


Dari Abu Wa’il Syaqiq bin Salamah, dia berkata: Ada orang yang bertanya kepada Usamah radhiyallahu’anhu, “Mengapa kamu tidak bertemu dengan ‘Utsman untuk berbicara (memberikan nasehat) kepadanya?”. Maka beliau menjawab, “Apakah menurut kalian aku tidak berbicara kepadanya kecuali harus aku perdengarkan kepada kalian? Demi Allah! Sungguh aku telah berbicara empat mata antara aku dan dia saja. Karena aku tidak ingin menjadi orang pertama yang membuka pintu timbulnya masalah.” (HR. Bukhari dan Muslim)


Inilah kiranya mungkin apa yang bisa kami sampaikan di sini. Mudah-mudahan bermanfaat bagi segenap kaum muslimin di negeri ini. Kalaulah kami dituduh sebagai penjilat penguasa, maka para ulama semacam Ibnu Hajar, Ibnu ash-Sholah, an-Nawawi, Ibnu Daqiq al-’Ied, Ibnu Abbas dan Usamah bin Zaid radhiyallahu’anhum pun tak akan lepas dari tuduhan mereka!
Allahul musta’aan. Kepada Allah semata, kami memohon pertolongan.

27 January 2012

Adab pada hari jumaat

ulasan abufaruq: elok kita perhatikan dan buat ‘checklist’ adakah kita sudah penuhi adab2 dan sunnah yang wajar dilakukan pada hari jumaat.

banyak contoh yang ditunjukkan nabi SAW pada hari jumaat terutamanya persediaan solat jumaat.

sumber artikel: tulisan ustaz fathi al-sakandary al tabib, student medic di mesir.

Antara amalan yang dianjurkan sebelum pergi solat Jum’at ialah:


1- Mengenakan wangi-wangian bagi yang mampu, kecuali mereka yang berihram (al-Bukhari (840, 883), Muslim (1997)).
2- Menggosok gigi (al-Bukhari (880), Muslim (1997))
3- Memakai pakaian yang cantik, iaitu berhias (Abu Daud (343) dan beliau mendiamkannya, maka ia Soleh – lanjut berkenaan erti Soleh disisi Abu Daud dianjur untuk merujuk risalah saya: “Setiap Hadith-Hadith Yang Didiamkan Imam Abu Daud Dalam Sunan Adalah 'Soleh' ”)


4- Menjauhi sebelum pergi ke solat daripada memakan makanan yang berbau kuat hingga dapat mengganggu jamaah solat, ini termasuk bawang putih, apatah lagi rokok (bersama-sama dengan haramnya ia)
5- Segera menuju ke Masjid sebelum khutbah, kerana Malaikat akan mencatat nama mereka yang tiba awal ke Masjid, apabila khutbah bermula maka para Malaikat tidak lagi menulis sebaliknya mereka turut sama mendengar khutbah (al-Bukhari (3211), Muslim (2021))


Manakala antara amalan yang dilakukan apabila dalam perjalanan ke Masjid, tiba di Masjid dan ketika khutbah ialah:
1- Berjalan menuju ke Masjid, tidak menaiki kenderaan kerana Allah akan mengharamkan api neraka bagi mereka yang berdebu kakinya kerana berjalan pergi ke Jum’at semata-semata kerana Allah Jalla wa `Ala (al-Bukhari (907)).


Adapun hadith yang masyhur menyatakan bahawa sesiapa yang berjalan pergi ke Jum’at maka setiap langkah pahala seolah berpuasa dan bersolat malam selama setahun, hadith ini dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan ia Dha’if, dilemahkan oleh al-Tirmizi sendiri dengan katanya: “Hasan” (al-Jami’ al-Mukhtasar (496) – lanjut berkenaan maksud “Hasan” disisi al-Trimizi dianjurkan untuk merujuk risalah saya: “Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi & Manhajnya”)


2- Duduk dekat kepada khatib (Abu Daud (1108) dan beliau mendiamkannya, maka ia Soleh disisi Abu Daud. Saya katakan: bahkan isnadnya Sahih)


3- Menghadapkan pandangan kepada khatib yang sedang berkhutbah. Dalam hal ini tiada satupun hadith marfu’ yang sahih, namun ia thabit daripada amalan para sahabat Nabi SAW seperti Ibn `Umar, Anas dan lain-lain.

Berkata al-Hafiz al-Tirmizi: “والعمل على هذا عند أهل العم من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم وغيرهم يستحبون استقبال الإمام إذا خطب– inilah yang diamalkan oleh para ahli ilmu dari kalangan Sahabat Nabi SAW dan selain mereka, mereka menganjurkan menghadapkan pandangan kepada imam ketika beliau sedang berkhutbah” (Jami’ al-Mukhtasar (2/383), komentar pada hadith no. 509)


4- Menunaikan solat sunat mutlaq sebanyak yang mampu sementara khatib belum berkhutbah (Abu Daud (290), dan beliau mendiamkannya, bermakna Soleh. Dan berkata Abu `Abd al-Rahman al-Albani: Hasan)


5- Menunaikan solat Tahiyatul Masjid apabila masuk ke masjid walaupun ketika itu khatib sedang berkhutbah (al-Bukhari (930)), tidak menjadi masalah jika seseorang itu duduk dahulu samada untuk minum air (ketika khatib belum berkhutbah), atau berehat sebentar kerana penat dan lain-lain, kemudian baru bersolat 2 rak'at Tahiyatul Masjid, tiada masalah padanya. Dan tidaklah sunnah seseorang itu sengaja melewat-lewatkan solat Tahiyatul Masjid tanpa ada apa-apa keperluan.


Solat 2 rak'at ketika memasuki masjid (dinamakan Tahiyatul Masjid ) adalah sunnah secara ijma', dan ia adalah disyariatkan. Namun para fuqaha' berbeza pendapat akan hukum Tahiyatul Masjid , mazhab zahir seperti Daud `Ali al-Zahiri dan Ibn Hazm berpendapat ia wajib sebagaimana yang dinukilkan oleh al-Qadhi Iyadh, manakala para imam mazhab yang empat berpegang ia mustahab (dianjurkan) dan bukannya wajib

Berkenaan hakikat solat Tahiyatul Masjid pula, perlu diketahui nama khas Tahiyatul Masjid ini tidak thabit dari Salaf, tidak dari hadith, ia hanyalah penamaan oleh fuqaha' terkemudian. Bahkan sebenarnya solat Tahiyatul Masjid ini bukanlah satu jenis solat yang berdiri dengan sendirinya sebagaimana solat witir yang berdiri dengan sendiri, solat dhuha yang berdiri dengan sendiri, solat rawatib yang berdiri dengan sendiri.


Akan tetapi sebenarnya solat 2 rak'at memasuki masjid ini ia adalah termasuk daripada jenis solat nawafil mutlak (solat sunat mutlak) atau apa sahaja solat-solat lain yang disyariatkan. Dengan kata lain disunnahkan melakukan apa-apa saja solat yang disyariatkan ketika masuk masjid, contohnya sekiranya seseorang itu memasuki masjid dalam waktu dhuha dan beliau solat dhuha sebanyak 2 rak'at maka beliau telah dikira melakukan Tahiyatul Masjid , atau masuk masjid dan bersolat 2 rak'at rawatib dikira juga Tahiyatul Masjid.


6- Dianjurkan memasuki masjid dengan mendahulukan kaki kanan dan keluar mendahulukan kaki kiri. Dalam hal ini tiada satupun hadith yang sahih dan sarih (jelas), adapun hadith yang masyhur dari Anas secara marfu’ bahawa Nabi SAW bersabda berbunyi:


“من السنة إذا دخلت المسجد أن تبدأ برجلك اليمنى ، وإذا خرجت أن تبدأ برجلك اليسرى – daripada sunnah ialah apabila memasuki masjid, mulai dengan kaki kanan, dan apabila keluar maka mulai dengan kaki kiri”.
Hadith Anas diatas dikeluarkan antaranya oleh al-Baihaqi (al-Kubra (4494)) dari Abu al-Walid al-Thayalisi dari Syaddad Abu Talhah dari Mu’awiyah bin Qurrah dari Anas bin Malik secara marfu’ kepada Nabi SAW.


Saya katakan: hadith ini adalah satu-satunya hadith marfu’ yang sarih (jelas) menyebut anjuran memasuki masjid dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki kiri. Namun ia Dha’if, bahkan Munkar. Kata al-Baihaqi sejurus mengeluarkan hadith ini: “تَفَرَّدَ بِهِ شَدَّادُ بْنُ سَعِيدٍ أَبُو طَلْحَةَ الرَّاسِبِىُّ. ,وَلَيْسَ بِالْقَوِىِّ. – menyendiri pada hadith ini Syaddad bin Sa’id Abu Talhahal-Rasibi, dan dia tidaklah kuat (iaitu lemah)” , dan berkata al-Hafiz Abu Yusuf al-Tharifi: “ أن هذا الحديث منكر– sesungguhnya hadith ini Munkar” (Sifat Solat Nabi (37-38)).


Walaupun hadith Anas diatas tidak sahih, namun maknanya benar serta fiqhnya diamalkan berdasarkan amalan sahabi `Abdullah ibn `Umar. Imam al-Bukhari mempunyai seni yang halus dalam menyatakan hal ini tetap sunnah walaupun tiada hadith sahih yang sarih padanya, ini dapat kita lihat pada gaya penyusun hadith dan tabwib beliau dalam kitabnya al-Jami’ al-Sahih.


Imam al-Bukhari membuat bab khas dalam kitabnya al-Jami al-Sahih bertajuk: “باب التيمن في دخول المسجد وغيره – bab mendahulukan kaki kanan dalam memasuki masjid dan sebagainya”, kemudian berkata al-Bukhari: “وكان ابن عمر يبدأ برجله اليمنى فإذا خرج بدأ برجله اليسرى – adalah Ibn `Umar beliau memulakan kaki kanan ketika memasuki masjd dan apabila keluar beliau keluar mendahulukan kaki kiri”. Kemudian al-Bukhari membawakan satu sahaja hadith untuk bab ini dalam Sahihnya iaitu hadith `Aishah, kata `Aishah: “كان النبي صلى الله عليه وسلم يحب التيمن ما استطاع في شأنه كله في طهوره وترجله وتنعله – adalah Nabi SAW suka mendahulukan yang kanan dalam setiap perbuatannya. Seperti dalam bersuci, menaiki kendaraan dan memakai sandal” (al-Jami al-Sahih (1/116)).


Perhatikan gaya Amirul Mu’minin fil Hadith ini, tidakkah ia genius! Ya, bahkan tidak dinafikan lagi. Imam al-Bukhari mengetahui bahawa dalam hal ini tiada satupun hadith yang sahih dan sarih, namun beliau mengetahui bahawa amalan itu sememangnya sunnah, ini dapat kita lihat daripada tajuk babnya apabila dia berkata: “باب التيمن في دخول المسجد وغيره – bab mendahulukan kaki kanan dalam memasuki masjid dan sebagainya”.


Kemudian, disebabkan tiada hadith marfu’ yang sahih dan sarih, maka al-Bukhari membawakan athar amalan sahabi `Abdullah ibn `Umar yang beramal dengan isi kandungan fiqh hadith tersebut, kemudian sebagai penguat maka al-Bukhari membawakan hadith `Aishah. Gaya seni yang sama dapat kita perhatikan ketika al-Bukhari ingain menjelaskan anjuran membaca “bismillah” sebelum wudhu’ walaupun diketahui bahawa tiada walaupun satu hadith yang sahih dalam bab itu. Allah hu’alam.


7- Dianjurkan untuk berdoa dengan doa yang disyariatkan: “اللهم افتح لي أبواب رحمتك-Allahummaftah li abwaba rahmatik” ketika memasuki masjid (Muslim (1685)).
8- Tidak berkata-kata ketika khatib sedang berkhutbah (al-Bukhari (934))


9- Tidak mengganggu para jamaah, jika kita datang lewat maka jangan melangkah-langkah antara bahu Jamaah, atau memisahkan bahu dua orang yang sedang duduk agar boleh dilalui untuk mencari tempat.
Abdullah bin Bisr berkata: “جاء رجل يتخطى رقاب الناس يوم الجمعة والنبى -صلى الله عليه وسلم- يخطب فقال له النبى -صلى الله عليه وسلم- « اجلس فقد آذيت » - pernah datang seseorang dengan melangkahi bahu manusia-manusia pada hari Jum'at, sedangkan Nabi SAW sedang berkhutbah, maka Nabi SAW bersabda kepadanya: "Duduklah, kamu benar-benar telah mengganggu orang lain." (Abu Daud (1118), dan beliau mendiamkannya, bermaksud ia Soleh. Dan berkata Abu `Abd al-Rahman al-Albani: “Sahih”).


Sebaliknya memintalah dengan baik, Nabi SAW bersabda: “لا يقيمن أحدكم أخاه يوم الجمعة ثم ليخالف إلى مقعده فيقعد فيه ولكن يقول افسحوا - janganlah salah seorang daripada kamu mengusir saudaranya dari tempat duduknya pada hari Jum'at untuk kamu ambil tempat duduknya itu, tetapi katakanlah kepadanya: - tolong - lapangkanlah!” (Muslim (5417)). Dan ini adalah adab yang dilupakan ramai manusia kini.


10- Sekiranya mengantuk mendengar khutbah, maka dianjurkan untuk bangun dan berubah tempat. Nabi SAW bersabda: “إذا نعس أحدكم يوم الجمعة فليتحول من مجلسه ذلك - jika salah seorang daripada kamu mengantuk pada hari Jum'at (iaitu ketika khutbah Jum'at), hendaknya dia pindah dari tempat duduknya” (al-Tirmizi (526) dan katanya Hasan Sahih)


Juga antara amalan yang dianjurkan dilakukan apabila selesai solat Jum’at ialah:
1- Mendirikan solat nawafil selepas Jum’at sebanyak 4 rak’at di masjid, atau 2 rak’at di masjid dan 2 rak’at apabila tiba di rumah (Muslim (2074)).


2- Dianjurkan untuk berdoa dengan doa yang disyariatkan: “اللهم إنى أسألك من فضلك –Allahumma inni as aluka min fadhlik” ketika keluar masjid (Muslim (1685)).
3- Keluar dari masjid dengan mendahulukan dengan kaki kiri (rujuk penjelasan sebelum ini)

Sekian, Allah hu'alam


Abu Ismail Fathi Al-Sakandary al-Tabib
Tulisan ini adalah ekstrak daripada nota kaki no. 3 dalam risalah saya bertajuk: "Hadith-Hadith Fadhilat Pengkhususan Surah al-Kahfi Pada Hari Jum’at: Satu Kajian Terperinci"