Showing posts with label cetusan idea. Show all posts
Showing posts with label cetusan idea. Show all posts

28 July 2012

Surau taman tasek putra

Di sini saya bertaraweh.


22 July 2012

Ramadhan masa untuk berhijrah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Sedar tak sedar, malam ini sudah pun menjengah 3 Ramadhan. Bermakna sudah 2 hari puasa sudah pun dilalui.

Bagi yang sedar, mereka akan cuba muhasabah apa yang telah dilakukan untuk 2 hari puasa, jika kurang, berazamlah untuk tambah, jika sudah menambah amalan, berazamlah untuk konsisten.

HIJRAH DALAM DAKWAH

Bagi pendakwah, bulan Ramadhan adalah momen yang sangat penting untuk muhasabah. Dalaman perlu dikuatkan untuk berhadapan dengan umat. Kalau iman dan amal lekeh, bagaimana nak merubah umat!

Kalau ilmu di dada masih kurang dan cetek, maka, Ramadhan adalah masa yang sangat berharga untuk menilai, di sisi manakah ilmu perlu ditambah. Dan pastinya yang paling penting untuk diperhatikan ialah ilmu akidah.

ILMU AKIDAH ialah ilmu yang nombor 1 penting berbanding ilmu-ilmu lain.

Jangan nanti ada yang kata ilmu tajwid paling penting sebab nak ajar madu baca qur'an.

Jangan nanti ada yang kata ilmu fiqh penting sebab nak jadi macam ustaz dan ustazah pada rakan-rakan sebilik.

Jangan nanti ada yang kata ilmu politik penting sebab nak berhadapan dengan pemerintah dan masyarakat yang pelbagai ragam.

TIDAK..

ILMU AKIDAH adalah ilmu yang paling penting dan asas untuk dipelajari.

Tidak sayugia seorang pendakwah tidak mendalam pengetahuannya dalam hal akidah.

Bila ditanya dimana Allah? ada yang menjawab Allah dimana-mana. Tak tahu. Allah ada dimana yang Dia nak ada.

Itu adalah jawapan orang-orang yang tak layak jadi pendakwah. Malah, tidak boleh berdakwah kerana ia akan merosakkan pemikiran umat. Seharusnya dia duduk dalam majlis ilmu dan istiqomah sehingga dia faham benar tentang akidah.

Dan dia berasa yakin dengan hujah yang dia ingin sampaikan.

Dan ia tidak mengambil masa yang singkat. Mungkin bertahun-tahun. Mustahil hanya dalam 3 bulan, ia boleh jadi pendakwah yang berdakwah seantero Malaysia.

Banyak jemaah di Malaysia yang cuba menjadikan pengikutnya pendakwah ekspres. Baru usrah 2 ke 3 kali, sudah boleh jadi pendakwah dan berdakwah di merata tempat. Sedangkan didapati pada dirinya terdapat banyak hal yang masih boleh dibaiki. Ilmunya masih boleh dikayakan lagi dengan ilmu quran dan sunnah.

Allahu musta'an. Semoga Allah membantu kita menjadi pendakwah yang berdakwah mengikut tahapan dan manhaj Nabi Muhammad Sallahualaihwasallam.

Bezakan antara mengajak dan berdakwah.

Ya, kita akan ajak kawan-kawan kita untuk mendengarkan ilmu-ilmu Islam, tetapi untuk menyampaikan ilmu-ilmu Islam, ia memerlukan banyak masa.

Imam Assyafie mengatakan seorang penuntut ilmu itu perlu MASA YANG PANJANG. ya, dengan amsa yang panjang, kita bukan sekadar dapat memperolehi ilmu, tetapi juga mempunyai masa untuk muhasabah, apatah lagi buat penuntut ilmu.

Semoga Allah menjadikan bulan Ramadhan ini bulan hijrah untuk kita semua.

Hijrahlah kerana Allah.

Fahamilah bahawa anda akan diminta pertanggungjawapan atas apa yang anda sampaikan.

Ya, saya yang sedang menulis juga sedang diperhatikan Allah. Semoga Allah menilai ini sebagai satu amalan yang akan diterima oleh-Nya.

Berikut saya sertakan beberapa syarat terpenting untuk menjadi pendakwah seperti yang ditulis oleh Syaikh Fawzan, semoga kita mendapat manfaatnya.

*******
Pertama : Seorang dai, hendaklah membekali diri dengan ilmu. Apabila seorang dai mengajak kepada Islam, hendaklah ia memiliki pengetahuan tentang Islam; karena mustahil seseorang mengajak kepada sesuatu yang ia tidak mengetahuinya. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman kepada Nabi-Nya:

"Katakanlah: "Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata". [Yûsuf /12 : 108]
Kedua : Hendaklah tujuan utamanya ialah ikhlas karena Allah dan hanya meraih ridha Allah, serta memberikan manfaat kepada orang lain, bukan karena riya', sum'ah, ingin mendapat ketenaran dan keinginan pribadi lainnya. Apabila seorang dai mengedapankan hal-hal tersebut, maka dakwahnya bukan mengajak kepada Allah tetapi mengajak kepada dirinya, padahal Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

"Aku mengajak (kamu) kepada Allah" [Yûsuf/12 : 108]

Dakwah juga bukan mengajak kepada golongan dan kelompok serta madzhab tertentu, atau selain ajaran Rasulullah. Demikian pula, dakwah bukanlah sarana untuk mencari dunia. Oleh karena itu, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

"Katakanlah: "Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu," [al-Furqân/25 : 57]

Ketiga. Memulai dengan yang terpenting.
Masalah terpenting di dalam agama Islam adalah masalah aqidah. Oleh sebab itu, seorang dai hendaklah memulai dakwahnya dengan menjelaskan aqidah yang benar sebelum dia menyampaikan yang lainnya. Inilah yang diwasiatkan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ketika beliau mengutus Mu'adz bin Jabal ke Yaman. Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

إِنَّكَ سَتَأْتِي قَوْمًا أَهْلَ كِتَابٍ فَإِذَا جِئْتَهُمْ فَادْعُهُمْ إِلَى أَنْ يَشْهَدُوا أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لَكَ بِذَلِكَ فَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ فَرَضَ عَلَيْهِمْ خَمْسَ صَلَوَاتٍ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لَكَ بِذَلِكَ فَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ فَرَضَ عَلَيْهِمْ صَدَقَةً تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ فَتُرَدُّ عَلَى فُقَرَائِهِمْ

"Sesunguhnya engkau akan mendatangi satu kaum dari Ahli Kitab, maka ajaklah mereka kepada syahadat La Ilaha Illallah wa Anna Muhammadar-Rasulullah. Kalau mereka menerima, sampaikanlah bahwa Allah mewajibkan shalat lima waktu sehari semalam. Kalau mereka menerima, sampaikanlah bahwa Allah mewajibkan zakat yang diambil dari orang-orang kaya dan dibagikan untuk orang miskin" [HR Bukhâri]

Zikri
Taman Tasek Putra, Tronoh, Perak, Malaysia.
3 Ramadhan 1433 H.

***saya menggalakkan pembaca membuka link di bawah untuk meneliti secara terperinci garis panduan yang ditetapkan oleh ulama untuk menjadi pendakwah.

16 July 2012

Islam agama wahyu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Penulis: Abu Faruq Zikri

Sesungguhnya agama Islam dibina dengan wahyu dari Allah Taala, ditunjukkan oleh para utusannya (para Rasul dan Nabi). Allah memelihara agama ini dengan diturunkan rasul dan nabi untuk membimbing umat menuju jalan yang benar.

Maka, Islam bukan didasari dengan semangat dan emosi, tetapi ia berdasarkan wahyu dari Allah. Ia jelas dari apa yang didapati dari Al Quran dan Hadith Nabi Sallallahu alaihiwasallam.

Setiap dari kita pasti akan dipertanyakan tentang amal-amal kita. Semuanya akan dihisab oleh Allah Azzawajal di akhirat kelak.

Rugilah orang yang mengamalkan Islam hanya ikut-ikutan, tidak berilmu dan menyimpang dari jalan-jalan sunnah. Sedangkan yang hak itu jelas lagi terang bersuluh. Manakala yang batil juga sudah dijelaskan oleh nabi junjungan kita.

Nun disana, berapa ramai lagi masyarakat yang masih belum faham akan Islam. Ketika mereka menghendaki kebaikan, yang mereka nampak ialah parti-parti politik Islam. Parti politik Islam dianggap boleh memberikan kebaikan buat Islam.

Saya ambil contoh PAS (Parti Islam Se-Malaysia), sebuah parti politik Islam yang sudah lama ditubuhkan. Ramai rakyat Malaysia yang menginginkan kebaikan menyertai PAS, sedangkan berapa banyak lagi pilihan untuk berbuat kebaikan selain dari menyertai PAS.

Akhirnya, mereka terikut sama bersama beberapa pimpinan PAS, mencaci, mengutuk dan mengaibkan pemerintah di khalayak. Wanauzubillah!

Asalnya mereka menginginkan kebaikan, tetapi akhirnya mereka terjerat dalam kebatilan menegur pemerintah.

Ya, begitu juga UMNO. Ada yang inginkan perjuangan membela bangsa, akhirnya sebahagian dari mereka tidak putus-putus mencari-cari kesalahan di pihak lainnya. Mereka juga terpalit dengan beberapa syubhat yang tidak sepatutnya dilakukan.

Begitulah syubhat demokrasi. Ternyata orang-orang kafir menghendaki umat Islam berpecah belah. Dan orang Islam turut serta membantu mereka.

Tiada kekuatan melainkan kekuatan dari Allah.

Saya doakan agar Malaysia menjadi negara yang aman dan makmur serta pemimpin yang taat kepada Allah.

Sekian,
Zikri
Taman Tasek Putra, Tronoh, Perak.
16072012

silakan baca tentang demokrasi di link http://almanhaj.or.id/content/2672/slash/0





16 January 2012

Kisah 3 orang dari umat terdahulu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

oleh: abu faruq @ zikri

Nabi Muhammad SAW dalam berdakwah, menunjukkan contoh2 yang agung. Tiada tokoh yang dapat menandinginya. Hatta ulama atau wali songo sekalipun.

Ada antara manusia yang terlalu mengagungkan tokoh2 tertentu hingga tokoh itu kelihatan atau kedengaran lebih hebat dari Nabi Muhammad SAW.

Ada tokoh yang ditelusuri kisah hidupnya, diambil kata2 nya, tetapi ditinggalkan dan disishkan kata2 Nabi Muhammad SAW.

Ia akan membuahkan hasil yang tidak baik kerna menyelisihi Nabi Muhammad SAW.

Sebab itu pincanglah satu2 perbahasan dakwah jika kita meninggalkan hadith dari Nabi Muhammad SAW, tetapi yang dikutip, dikaji dan dibahas adalah tokoh selain dari Nabi Muhammad SAW.

Tiada masalah mengkaji tokoh2 lainnya, tetapi dengan meninggalkan terus Nabi Muhammad SAW, ia adalah sautu yang jelek.

Apatah lagi kalau tokoh itu tidak lebih hanyalah pejuang politik, pejuang hizbiyyah, yang mengagungkan kelompok dan partinya sendiri.

وَمَا يَنطِقُ عَنِ الْهَوَىٰ إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَىٰ
“Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Qur-an) menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” [An-Najm: 3-4]

Maka, para ustaz dan ustazah dalam setiap ceramah, haruslah menyelitkan hadith atau ayat alqur’an sebagai sokongan dalil atas apa yang ia katakan, atausetidaknya, apa yang ia sampaikan , haruslah selari dengan alqur’an dan assunnah.

Baru2 ini di TV3, seorang pengamal perubatan cara “Islam” menceritakan air yang terbaik selepas air zam2 ialah air kolah masjid. Maka, berderulah orang2 awam yang jahil membenarkan kata2 sang ‘ustaz’ itu, pergi ke masjid mengambil air kolah untuk tujuan perubatan.

berapa ramaikah orang yang sudah dibodohkan kerana sikap pengamal perubatan ini. Mengkisahkan suatu yang bukan dri alqur’an dan assunnah.

Anak degil ubatnya? pakaikan benang hitan yang dijampi ditangannya.

Isteri curang ubatnya? minum air kolah masjid.

Bapa main kayu tiga, ubatnya? campur air jampi sang ‘ustaz’ dalam minumannya.

Kalau inilah penyelesaiannya, ia pasti sudah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW dan sahabat, generasi terbaik, generasi yang sudah menerima tentangan dan gangguan dari syaitan, jin dan syaitan bertopengkan manusia.

kekuatan jin dan syaitan di zaman rasulallah, dari logiknya, mestilah lebih kuat dari zaman sekarang, kerna mereka cuba untuk menggoda orang yang paling kuat imannya, dan paling dekat dengan rasuallah.

adapun syaitan zaman sekarang, tak perlu bagi yang kuat, cukup yang lemah sahaja, padan untuk menggoda manusia.

Hanya kerana SEBIJI BOLA, umat Islam meninggalkan solat subuh, sanggup berjaga malam untuk menonton sebiji bola.

Jadi, demikian itu, saya ingin mengajak pembaca blog ini menghayati kisah umat terdahulu, kisah yang dikisahkan oleh orang yang terhebat yang diagungkan oleh Allah SWT.

klik link berikut untuk membaca kisah 3 orang soleh yang terperangkap dalam gua, akhirnya bebas kerana amal mereka.

http://www.firanda.com/index.php/artikel/aqidah/241-muroqobatullah-tingkat-tinggi